Khalid Ibn Waled, yang terkenal
sebagai ‘pedang islam' dilucut
jawatan sebanyak dua kali oleh
Umar r.a al-Khattab, iaitu pada
tahun 13 Hijrah sejurus selepas
Umar r.a dilantik sebagai khalifah
dan sekali lagi pada 17 Hijrah.
[12] Namun kedua-dua peristiwa
ini bukan kerana Khalid tidak
baik dan bermasalah, Namun ia
adalah dari sebab berikut [13] :-
1. Menjaga keyakinan umat
Islam terhadap Allah, ia jelas
dari surat umum yang
dihantar Umar r.a kepada
umat Islam memberitahu
agar mereka tidak terlalu
‘attached' dengan Khalid
sehingga tersilap sangka
kemenangan Islam
disebabkan oleh
kehandalan Khalid dan
bukan kerana bantuan Allah
swt.
2. Pentadbiran ; iaitu dalam
urusan dan keputusan
pembahagian harta.
3. Pentadbiran : Umar r.a
inginkan keteletian dan
laporan berterusan dari
setiap pegawainya, namun
Khalid inginkan
pentabdiran yang bebeas
dari penelitian sentiasa oleh
Khalifah.
Di waktu Khalid dipecat dari
jawatannya sebagai gabenor di
Syria, belia berkata :-
"Amir al-Mukminin (Umar r.a)
melantik aku sebagai gabenor
dan setelah urusan menjadi licin
dan lancer, beliau melucutkan
jawatanku"
Lalu seorang lelaki berkata :
"Sabarlah wahai ketua, ia waktu
untuk bermulanya fitnah"
Kahlid membalas :
"selagi anak Al-Khattab ini hidup,
selagi itu TIADA RUANG FITNAH
untuk berlaku" [14]
Demikian hormat dan keyakinan
Khalid terhadap Umar r.a walau
dalam keadaan beliau dilucutkan
jawatan, amat difahaminya
tindakan Umar r.a adalah untuk
mengelak fitnah, bukan mencipta
fitnah.
Di ketika Khalid r.a hampir wafat
(beliau wafat pada 21 H), beliau
berkata kepada Abu Darda r.a,
"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a
al-Khattab r.a wafat kelak, kamu
akan dapati sesuatu yang kamu
benci berlaku"
Dan berkata lagi sambil
mengelap air matanya:
"Aku memang merasa sedikit
kecewa dengan beliau dalam
sesetengah isu, tetapi setelah
aku fikrikan kembali
berkenaannya di ketika aku sakit
ini, aku menyedari bahawa Umar
r.a Al-Khattab r.a melakukannya
dengan ikhlas dan hanya
mengharapkan rahmat Allah dari
setiap tindakannya"[15]
Khalid juga melantik Umar r.a
sebagai waasi (pengurus harta
pusakanya), ketika Umar r.a al-
Khattab menrima surat wasiat
itu, beliau turut menangis.
Cuba kita bayangkan ketegasan
Umar al-Khattab r.a tersebut dan
bagaimana tingginya taqwa
beliau dan juga para sahabat
yang bersamanya. Mengapa
mereka tidak melenting akibat
diambil sebahagian harta dan
sebagainya?. Kerana Umar
sendiri mengambil hartanya
untuk umat Islam, dan beliau
tidak makan daging sehingga
semua orang miskin di bawah
pentadbirannya makan terlebih
dahulu.
Cuba pula kita membandingkan
kehidupan para pemimpin di
sekeliling kita hari ini. Bagaimana
mereka jika berada di bawah
pemerintahan Khalifah Umar al-
Khattab r.a.. Sesungguhnya
wahai Umar al-faruq kami
merinduimu pemerintahanmu..
[12] Tarikh at-Tabari, 5/41
[13] Umar Ibn Khattab, His Life
and Time, Dr Ali Md As-Sallabi,
2/111-114 ; Abatil yajib an
tumha min at-Tarikh, Ibrahim
Sha'oot, hlm 134
[14] Al-Kamil fi At-tarikh, Ibn
Athir, 2/156
[15] Khalid ibn waled, Sadiq
‘ Arjoun, hlm 349 ; Al-Khilafah wal
Khulafa, hlm 198